EZUREENLAH

SALAM, HI GENG! Nama aku Eliza Ezureen. Tapi orang suka panggil batman or kening pacak. Perangai serupa lelaki. Kasar, lasak, dan bergaya, keh. Apa lagi ek? Oh! Aku ada meniaga online, mai follow: @theredloverr , maceh kikiki

Saturday, June 27, 2015

Pakai skirts, baju fit masuk surau. Tapi...


Salam, hi geng, Kita bersua kembali kikiki. Bila masuk ramadhan ni, aku teringat dulu aku kerja adidas original kat pavilion tu. Taknak raya melopong tu paksa diri gak kerja tu, nak duit laye kehkeh. Bila teringat, mulalah aku teringat insiden insiden selama kerja kat adidas tu. Ntah, benda ni yang pertama sekali terlintas kat otak aku.

Cito dia cenggini, aku pergi solat kat surau pavi tu, tiap hari tengok gelagat gegirls yang ada kat dalam tu. Ada yang selfish nak solat makan space banyak, sejadah konker sorang, bila habis solat cermin konker sorang, amik air wudhu bukak air besar-besar sampai tepercik orang sebelah. Dengan cleaner-cleaner buat macam tempat istirehat baring berguling kuak lentang bagai, ganggu betul.

Then aku dah habis solat, tengah lengah lengah masa lipat telekung begitu rapi cantik macam baru bukak haha (sebab malas nak masuk kerja awal) tetiba aku nampak ada sorang perempuan ni pakai skirts kembang paras lutut and baju fit pendek lengan panjang dengan seorang kawan dia pakai tudung. Aku dah mengucap dalam hati *Mashaallah sistur, makruh puasa saya sisturrr * Orang dalam tu semua usha hot je kat minah ni haha, mesti semua pikir macam macam.

Aku pun 2x5 dah pikir macam macam dah, aku ingat dia teman kawan dia bertudung tu solat, aku dah pikir gila ke minah ni selamber masuk dalam pakai macam tu je. Then aku dah habis kemas aku nak chaw dari surau tu, tetiba aku tengok dia tengah sarung telekung. Weh, kaku weh aku kat situ. Yang kawan dia yang bertudung tu pulak duduk tepi dinding main phone. Ntah kenapa aku rasa terharu sangat tengok. Tapi tulah, pakaian dia tak kena tempat, tapi solat dia jaga. Wallahualam.

Kadang sakit hati dengar orang selamber cakap "Perempuan bertudung memang takkan solat, tak pernah solat, tak tahu solat, dll" Tapi nak buat macam mana, semua mulut manusia mana kita boleh tutup. Bagi aku, tak kisah orang tu nak cakap apa, dah lali dengar macam macam fitnah. Sebab kena ingat, apa kita tuduh orang nanti tu semua Allah bayar cash ja. Sebab tu aku buat chill ja kehkeh.

Since jadi benda tu, aku macam suka juga benda tu jadi. Sebab benda tu bukak mata or perception orang keliling sikit, solat tak solat seseorang tu bukan bergantung pada pakaian. Aku cerita pasai ni pun sebab, kita ni kena belajar jaga mulut, jangan nampak sekali terus tuduh bukan bukan. kita tak tahu apa orang tu lalui. Lain orang lain ragam. Takda wujud manusia yg tak pernah buat silap. Lagi satu, aku menyampah juga bila orang cakap "Pakai ja tudung tapi sekian sekian" "Pakai seksi, sekian sekian" Perangai, perangai. Aurat, aurat. Kita bukan tuhan tahu dosa pahala orang, neraka ke syurga orang tu. Manusia semua boleh berubah, jahat ke baik, baik ke jahat. Cuma cepat atau lambat ja. So chill kehkeh.

Bab kata matcalehh, "Don't worry about those people who talk behind your back, because that's exactly where they belong, behind your ass" kehkeh

Okay Papoy!

P/S: Semua cerita adalah pengalaman aku. Kalau ada yg gilo tetiba terasa, hang memang gilo kehkeh.

Sunday, September 22, 2013

Instashop, Theredloverr

SALAM, yoo wasap wasap eliza most wanted yoo. Hi, malas aku nak cakap kenapa aku dah lama tak berblogging, korang pun mesti dah hafal apa alasan aku kan, contohnya sebab busy dengan study blablabla, dusta bangat semua tu. Sudah sudah, malas pulak aku nak taip panjang panjang ni. Kang lagi panjang aku taip, lagi ternganga besaw korang baca haha.

Aku sejak dua menjak ni, aku mula menceburi bidang bisnes ni. Memang sejak aku kecik lagi aku dah minat bisnes bisnes ni. Otak memang bisnes bisnes bisnes, keshing keshing keshing $$$$. Ingat lagi, time aku tadika aku dah pandai jual sticker. Aku beli sticker princess cartoon segala bagai tu, then aku potong setiap kerat gambar, aku jual satu seposen. Bayangkan, satu keping nak dekat 20 keping gambar,  padahal aku beli satu keping besaq tu 50sen je. Nampak tak permainan disitu? Mihihi :3

Then, naik sekolah rendah lagi kelakar, dulu rumah lama aku memang belambak jiran jiran. Aku pun buatlah game contohnya explore race. Ini paling banyak request dari jiran jiran aku. Hang ingat nak join ni free ka? Otak bisnes lah katakan, apa lagi, nak join kena bayarlah sorang singgit. Setiap kali aku buat, mesti lebih 20 orang yang main. Nampak tak? dari situ aku dah dapat Rm20 hengget. Free free je dapat duit poket. Padahal tak keluar duit pun nak buat game ni, just guna buku sekolah *koyak tengah memang wajib* and pensil pemadam gunting.

Dunia makin maju, dah naik sekolah menengah lagi laju otak berpikir. Kawan sekolah menengah lagi lah duit belanja banyak sikitkan. Apa lagi, jual batu seremban lah, jual keychain lah, and yang paling untung, jadi dropshipper. Jadi dropshipper catalog baju cadar bagai tu. Aku pun bawak lah catalog tu kat sekolah, tunjuk kat cousin jiran semua. And alhamdulillah sejak form1 aku dah ada scooter sendiri walaupun takdo lesen, so senang lah aku bedesup pergi kedai tu amik order semua. Serious, jadi dropshipper memang untung, seminggu tu busuk busuk pun aku dapat rm50 plus plus. 

Umur pun makin meningkat, dah pandai kerja dah pandai berpikir lebih matang, aku pun bukak bisnes sendiri. So aku start bisnes dengan join karnival sana sini. Lepas tu, baru aku start jual melalui online. Online mano? Biasaq ah, kat instagram lah mano lagi. Sempena nama theredloverr aku pakai sejak sekolah rendah lagi, so aku tukar buat instagram baru daripada trlstylish jadilah THEREDLOVERR.



Apa ada? Macam macam adoooooo. Baju, leggings, jeggings, perfume, dan sewaktu dengannya. Mai mai terjah shopping online dengan aku. ID IG : THEREDLOVERR . Bukan elizabatmann tau, kang korang add elizabatmann tu bukan ada baju semua, penuh dengan muka aku adalah. So, Let's Shop like a princess, pay like a boss! Cewahh komain tagline aku, kalau tak dashyat bukan batmann lah tu haha. Okay lah, aku pun dah sakit bonfontotfot dah ni duduk lama lama sangat. Kalau korang nak aku sayang korang, visit lah IG Shopping Online aku tu, insyaallah mana tahu ada yang korang berkenan ke ken ken ken? *bodek habis* Mihihi papoy!

SALAM AND PAPAIYAA ;)

Sunday, November 6, 2011

Broga Hill, ku terjun semak!

Yaw wasup wasup tengok dapur kuali dah berasap, haa aku nak cerita sikit pasal BROGA HILLS ni. bagi aku, serious tempat ni memang dope, tak rugi pun korang membuang kolestrol lemak bagai tok daki naik kat atas ni, and paling syiokkk kalau nak buat photoshot serious cantik, yang baru kepak kepak keboom keboom tu pun boleh buat album kahwin kat atas tu, ada buaian tuu pheewitttt. boleh tengok matahari terbit, tengok pokok, tengok pasir, tengok batu, tengok burung, tengok ulat, and insyallah kalau ada rezeki dapat lah tengok orang ehem ehem *okay lucah lucah*
Jarun jam menunjukkan sudah pukul 5 setengah, aku dengan member member aku pun chepun, fiza, rais memulakan pergayutan kami untuk naik ke atas, serious gelap weii, tutup mata pun tak gelap macam ni. baru nak start perjalanan si chepun ni dah tergolek tersungkur, mungkin eksaited sangat lah tu naik haha. then dah 20 minit kami mendaki daki dan mengosok daki diantara satu sama lain, tetiba chepun ni nak kekencing lak, jadi kami p7un menghayati lah bunyi air terjun seketika selama 30saat, deras sungguh bunyi air terjun itu.
alhamdulillah, kami sempat sampai di level 1 sebelum matahari terbit, kami menghayati matahari terbit sambil aku mengorek hidung, chepun mengorek ketiak, fiza mengorek taik gigi dan rais mengorek bontot *cerita nak dahsyat je*
then apa lagi, lepas syiokk mengorek apa apa yang patot, kami memulakan langkah ke level 2. sampai je di level 2, apa lagi kami mula beraksi berposing macam beruk mak yaii meng snap gambar lalu diletakkan di zoo negara, maklumlah beruk, ingat senang beruk nak naik broga? *lagi sekali nak gempak cerita*
lepas beberapa jam kemudian, cuaca pun dah panas, kitorang pun decide nak balik plus perut sudah lapar maa, so tak sempat nak naik next level. di sini lah bermulanya nasib malang aku. waktu aku nak turun bukit tu, sumpah wei cerun gila, tapi aku pelik kenapa chepun boleh turun dengan berlari je, berlari wei lariii. kitorang ni dok susah seret seret bontot macam orang selenger je.
tetiba aku pun rasa macam nak jugak main lari lari macam chepun buat. so aku pun memberanikan diri nak buat macam chepun buat. aku pun jerit teriak kat chepun.

AKU : WOI CHEPUN, ORANG PUN NAK BUAT MACAM DIA.
CHEPUN: BOLEH JE, CEPAT LAH TURUN, ORANG SAMBUT.
AKU: OKAY, SAMBUT AH, TAK SAMBUT KENA LU (KOMPIDEN)
CHEPUN: OKAY LARI LAH
AKU: BISMILLAHHH. ARGHHHHHHHHHH!!!!!!!

Yeahh! aku berjaya turun sambil berlari! terlebih berjaya! chepun pun berjaya sambut aku! tapi sambut angin jela sebab waktu aku lari tu, aku tak tersungkur tak tersadung tak bershuffling ke apa, tapi malangnya aku tak dapat kawal kelajuan larian aku then memang aku lari arah salah padahal chepun kat kiri aku lari kekanan so tahniah batmann anda terjunam dalam semak samun. bayangkan semak dia tebal mana, aku macam ayam tergolek golek. sumpah malu wei orang ramai time tu. pe lagi dorang gelak macam mak lampir tengok aku dah penuh dengan lalang kat badan. selepas tu aku turun macam pondan slow slow siput sedut, kaki tangan aku dah berhias luka2 naisssssss. lepas kejadian tu, aku pun macam biasa menyeret bontot sampai ke bawah. alhamdulillah kami smapai gak bawah. so ini lah seberapa gambar nak aku nak tunjuk sikit hehe.










cantik tak scenary dia? cantikkan? so apa tunggu lagi? ;)

salam, papaiyaa ;)