EZUREENLAH

SALAM, HI GENG! Nama aku Eliza Ezureen. Tapi orang suka panggil batman or kening pacak. Perangai serupa lelaki. Kasar, lasak, dan bergaya, keh. Apa lagi ek? Oh! Aku ada meniaga online, mai follow: @theredloverr , maceh kikiki

Sunday, September 22, 2013

Instashop, Theredloverr

SALAM, yoo wasap wasap eliza most wanted yoo. Hi, malas aku nak cakap kenapa aku dah lama tak berblogging, korang pun mesti dah hafal apa alasan aku kan, contohnya sebab busy dengan study blablabla, dusta bangat semua tu. Sudah sudah, malas pulak aku nak taip panjang panjang ni. Kang lagi panjang aku taip, lagi ternganga besaw korang baca haha.

Aku sejak dua menjak ni, aku mula menceburi bidang bisnes ni. Memang sejak aku kecik lagi aku dah minat bisnes bisnes ni. Otak memang bisnes bisnes bisnes, keshing keshing keshing $$$$. Ingat lagi, time aku tadika aku dah pandai jual sticker. Aku beli sticker princess cartoon segala bagai tu, then aku potong setiap kerat gambar, aku jual satu seposen. Bayangkan, satu keping nak dekat 20 keping gambar,  padahal aku beli satu keping besaq tu 50sen je. Nampak tak permainan disitu? Mihihi :3

Then, naik sekolah rendah lagi kelakar, dulu rumah lama aku memang belambak jiran jiran. Aku pun buatlah game contohnya explore race. Ini paling banyak request dari jiran jiran aku. Hang ingat nak join ni free ka? Otak bisnes lah katakan, apa lagi, nak join kena bayarlah sorang singgit. Setiap kali aku buat, mesti lebih 20 orang yang main. Nampak tak? dari situ aku dah dapat Rm20 hengget. Free free je dapat duit poket. Padahal tak keluar duit pun nak buat game ni, just guna buku sekolah *koyak tengah memang wajib* and pensil pemadam gunting.

Dunia makin maju, dah naik sekolah menengah lagi laju otak berpikir. Kawan sekolah menengah lagi lah duit belanja banyak sikitkan. Apa lagi, jual batu seremban lah, jual keychain lah, and yang paling untung, jadi dropshipper. Jadi dropshipper catalog baju cadar bagai tu. Aku pun bawak lah catalog tu kat sekolah, tunjuk kat cousin jiran semua. And alhamdulillah sejak form1 aku dah ada scooter sendiri walaupun takdo lesen, so senang lah aku bedesup pergi kedai tu amik order semua. Serious, jadi dropshipper memang untung, seminggu tu busuk busuk pun aku dapat rm50 plus plus. 

Umur pun makin meningkat, dah pandai kerja dah pandai berpikir lebih matang, aku pun bukak bisnes sendiri. So aku start bisnes dengan join karnival sana sini. Lepas tu, baru aku start jual melalui online. Online mano? Biasaq ah, kat instagram lah mano lagi. Sempena nama theredloverr aku pakai sejak sekolah rendah lagi, so aku tukar buat instagram baru daripada trlstylish jadilah THEREDLOVERR.



Apa ada? Macam macam adoooooo. Baju, leggings, jeggings, perfume, dan sewaktu dengannya. Mai mai terjah shopping online dengan aku. ID IG : THEREDLOVERR . Bukan elizabatmann tau, kang korang add elizabatmann tu bukan ada baju semua, penuh dengan muka aku adalah. So, Let's Shop like a princess, pay like a boss! Cewahh komain tagline aku, kalau tak dashyat bukan batmann lah tu haha. Okay lah, aku pun dah sakit bonfontotfot dah ni duduk lama lama sangat. Kalau korang nak aku sayang korang, visit lah IG Shopping Online aku tu, insyaallah mana tahu ada yang korang berkenan ke ken ken ken? *bodek habis* Mihihi papoy!

SALAM AND PAPAIYAA ;)