EZUREENLAH

SALAM, HI GENG! Nama aku Eliza Ezureen. Tapi orang suka panggil batman or kening pacak. Perangai serupa lelaki. Kasar, lasak, dan bergaya, keh. Apa lagi ek? Oh! Aku ada meniaga online, mai follow: @theredloverr , maceh kikiki

Sunday, November 6, 2011

Broga Hill, ku terjun semak!

Yaw wasup wasup tengok dapur kuali dah berasap, haa aku nak cerita sikit pasal BROGA HILLS ni. bagi aku, serious tempat ni memang dope, tak rugi pun korang membuang kolestrol lemak bagai tok daki naik kat atas ni, and paling syiokkk kalau nak buat photoshot serious cantik, yang baru kepak kepak keboom keboom tu pun boleh buat album kahwin kat atas tu, ada buaian tuu pheewitttt. boleh tengok matahari terbit, tengok pokok, tengok pasir, tengok batu, tengok burung, tengok ulat, and insyallah kalau ada rezeki dapat lah tengok orang ehem ehem *okay lucah lucah*
Jarun jam menunjukkan sudah pukul 5 setengah, aku dengan member member aku pun chepun, fiza, rais memulakan pergayutan kami untuk naik ke atas, serious gelap weii, tutup mata pun tak gelap macam ni. baru nak start perjalanan si chepun ni dah tergolek tersungkur, mungkin eksaited sangat lah tu naik haha. then dah 20 minit kami mendaki daki dan mengosok daki diantara satu sama lain, tetiba chepun ni nak kekencing lak, jadi kami p7un menghayati lah bunyi air terjun seketika selama 30saat, deras sungguh bunyi air terjun itu.
alhamdulillah, kami sempat sampai di level 1 sebelum matahari terbit, kami menghayati matahari terbit sambil aku mengorek hidung, chepun mengorek ketiak, fiza mengorek taik gigi dan rais mengorek bontot *cerita nak dahsyat je*
then apa lagi, lepas syiokk mengorek apa apa yang patot, kami memulakan langkah ke level 2. sampai je di level 2, apa lagi kami mula beraksi berposing macam beruk mak yaii meng snap gambar lalu diletakkan di zoo negara, maklumlah beruk, ingat senang beruk nak naik broga? *lagi sekali nak gempak cerita*
lepas beberapa jam kemudian, cuaca pun dah panas, kitorang pun decide nak balik plus perut sudah lapar maa, so tak sempat nak naik next level. di sini lah bermulanya nasib malang aku. waktu aku nak turun bukit tu, sumpah wei cerun gila, tapi aku pelik kenapa chepun boleh turun dengan berlari je, berlari wei lariii. kitorang ni dok susah seret seret bontot macam orang selenger je.
tetiba aku pun rasa macam nak jugak main lari lari macam chepun buat. so aku pun memberanikan diri nak buat macam chepun buat. aku pun jerit teriak kat chepun.

AKU : WOI CHEPUN, ORANG PUN NAK BUAT MACAM DIA.
CHEPUN: BOLEH JE, CEPAT LAH TURUN, ORANG SAMBUT.
AKU: OKAY, SAMBUT AH, TAK SAMBUT KENA LU (KOMPIDEN)
CHEPUN: OKAY LARI LAH
AKU: BISMILLAHHH. ARGHHHHHHHHHH!!!!!!!

Yeahh! aku berjaya turun sambil berlari! terlebih berjaya! chepun pun berjaya sambut aku! tapi sambut angin jela sebab waktu aku lari tu, aku tak tersungkur tak tersadung tak bershuffling ke apa, tapi malangnya aku tak dapat kawal kelajuan larian aku then memang aku lari arah salah padahal chepun kat kiri aku lari kekanan so tahniah batmann anda terjunam dalam semak samun. bayangkan semak dia tebal mana, aku macam ayam tergolek golek. sumpah malu wei orang ramai time tu. pe lagi dorang gelak macam mak lampir tengok aku dah penuh dengan lalang kat badan. selepas tu aku turun macam pondan slow slow siput sedut, kaki tangan aku dah berhias luka2 naisssssss. lepas kejadian tu, aku pun macam biasa menyeret bontot sampai ke bawah. alhamdulillah kami smapai gak bawah. so ini lah seberapa gambar nak aku nak tunjuk sikit hehe.










cantik tak scenary dia? cantikkan? so apa tunggu lagi? ;)

salam, papaiyaa ;)